Nadi Nurture E-Kelas Usahawan (Modul 2)

15 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 14 Mei 2026 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Webinar Pemasaran Digital yang bertajuk Asas Komunikasi Digital yang dijalankan secara atas talian. Webinar tersebut berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 2:00 petang hingga 3:00 petang dan disertai oleh seorang peserta wanita yang terdiri daripada komuniti sekitar NADI.

Tujuan dan objektif webinar tersebut dijalankan adalah seperti berikut:
• Memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep dan kepentingan komunikasi digital dalam urusan perniagaan dan pemasaran.
• Membantu usahawan memahami kaedah komunikasi digital yang berkesan untuk berinteraksi dengan pelanggan secara profesional.
• Meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan platform digital seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan e-mel bagi tujuan komunikasi perniagaan.
• Memberi panduan kepada peserta tentang etika dan tatacara komunikasi digital yang baik dalam membina imej perniagaan.
• Membantu usahawan menghasilkan kandungan komunikasi yang jelas, menarik dan mudah difahami oleh pelanggan sasaran.
• Menggalakkan penggunaan komunikasi digital secara kreatif dan konsisten bagi meningkatkan hubungan pelanggan serta kepercayaan terhadap perniagaan.

Kami berharap agar apa yang dipelajari semasa webinar tersebut berlansung dapat menjadi tunjuk ajar kepada peserta sebelum memulakan apa sahaja jenis perniagaan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali